www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

Sesi Pengajaran & Pembelajaran


Pengajaran di Luar Bilik Darjah


Hai rakan-rakan,


Pengalaman saya mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran  di luar bilik darjah mendatangkan banyak manfaat. Menerusi pengalaman ini, saya berasa gembira apabila melihat  keseronokkan dan sifat keaslian anak murid saya.

Sunday, December 4, 2011






























PERIBAHASA



PERIBAHASA
MAKNA
1.        
Angkuh seperti merak
Bersiap sombong.
2.        
Bagai abu di atas tunggul
Seseorang  yang  kedudukannya  tidak  tetap.
3.        
Bagai air titik ke batu
Susah nak mengajar.
4.        
Bagai anjing buruk kepala
Seseorang yang telah diketahui keburukannya akan dihina ke mana sahaja dia pergi.
5.        
Bagai anjing beranak enam
Orang yang terlalu kurus.
6.        
Bagai anjing dengan kucing
Selalu bergaduh.
7.        
Bagai beliung dengan asahan
Hubungan yang sangat rapat.
8.        
Bagai balak  terendam
Orang yang gemuk dan malas
9.        
Bagai aur atas bukit
Menyerah diri kepada nasib semata-mata.
10.    
Bagai aur dengan tebing
Dua pihak yang bekerjasama erat
11.    
Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat sesuatu yang tidak diduga.
12.    
Bagai bulan penuh purnama
Gadis yang cantik.
13.    
Bagai cicak makan kapur
Mendapat malu kerana kesalahan diri sendiri.
14.    
Bagai dakwat dengan kertas
Hubungan yangsangat erat.
15.    
Bagai denai gajah lalu
Kerosakan yang amat besar.
16.    
Bagai haruan makan anak 
Seorang lelaki yang memperkosa anaknya sendiri.
17.    
Bagai dihiris dengan sembilu rasa
Hati yang sangat sedih.
18.    
Bagai duri dalam daging
Hal yang selalu menyusahkan orang.
19.    
Bagai itik pulang petang
Sangat lambat jalan.
20.    
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang sangat erat.

No comments:

Post a Comment