www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

Thursday, December 8, 2011

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN1



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
KSSR   TAHUN 1


Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun  1H
Tema/Tajuk
SAINS DAN KITA/ Kereta Malaysia
Masa
7.30 – 8.30 pagi
Standard Pembelajaran
1.3.2  Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.
Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.      Mendengar,memahami dan memberikan respon dengan betul.
Aktiviti

1.     Murid mendengar lagu”bapaku pulang dari kota”.
2.     Murid menyanyi dan memahami seni kata lagu.
3.     Guru bersoal jawab berdasarkan seni kata lagu.
4.     Murid menyatakan 5 perkataan yang terdapat dalam lagu.
5.     Murid diminta menaipkan perkataan yang disebut.
Murid menjawab soalan berdasarkan seni kata lagu .
EMK
Nilai Murni –cinta akan negara
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, slaid video lagu, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Murid dapat memberi respon dan menjawab soalan terhadap seni lagu  berdasarkan seni bahasa yang dipaparkan.
Refleksi
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Monday, December 5, 2011

Tatabahasa


Soalan Pengukuhan Tatabahasa Bahasa Malaysia.

Ø  Bulatkan jawapan yang betul.
  1. Zamri ( mengajak , pengajak ) Zun Ni berjoging di padang.
  2.  Qian Qi tinggal (serumah, sebaya ) dengan neneknya.
  3. Wartawan ialah menulis ( berita,  hadiah)untuk surat khabar.
  4. Danny seorang yang ( pemalu, memalu).
  5. Polis trafik sedang (mengawal, terkawal ) lalu lintas.
  6. ( Terletak, Letakkan ) buku ke dalam beg.
  7. Anak jutawan itu sentiasa ( terkawal, dikawal) pergerakannya.
  8. ( Tandakan, Tandai ) jawapan yang betul pada kertas soalan.
  9. Sepasukan polis melakukan (sekatan, menyekat) jalan raya.
  10. Tugas tukang jahit ialah ( menjahit, jahitan ) baju.
  11. Tugas mekanik ialah ( membaiki, baikikan ) kereta yang rosak.
  12. Lily yang( berat mulut, mulut tempayan) suka membongkar rahsia kawan.
  13. Emak membeli se (papan, deret) petai di pasar.
  14. Jun Zhi makan (ulas, utas) durian selapas makan nasi.
  15. Se ( kumpulan, kawan) biri-biri merangut rumput di padang.
  16. Tugas tentera ialah (menjaga, jagaan) keamanan negara.
  17. Se ( pasukan, kumpulan ) pengakap berkhemah di hutan.
  18. Datuk baru membeli se ( bidang, deret) tanah.
  19. Se ( utas, urat) rambut terjatuh ke dalam makanan itu.
  20. Se ( pasukan, kawan ) pengakap berkhemah di Hutan Lipur Sekayu

Cara menulis Karangan Jenis Autobiografi


Tuliskan sebuah karangan Autobiografi
~Aku Sebuah Basikal.~




Pengenalan
  •  berasal dari Jepun
  • dibuat di sebuah kilang besi waja
  • terdiri daripada besi waja, getah dan plastik

Perenggan ke-2  
  • disebut basikal
  • dipamerkan
  • berasa sungguh gembira

Perenggan ke-3  
  • menaiki sebuah kapal dagang
  • berasa sungguh bangga

Perenggan ke-4
  • nasib malang
  • kapal karam
  • dijumpai oleh penyelam
  • dijual sebagai besi buruk

Penutup
  •  menjadi bahan terbuang

Karangan Autobiografi---Ingatan


Karangan Jenis Autobiografi

  1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.
  2.  Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
  3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana.
  4. Aturan membina karangan.
  5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
  6. paparkan nilai-nilai murni.
****** Contoh aturan membina karangan*******

  • tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
  • perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran  - di mana dipamerkan - bertukar milik
  • proses penggunaan dengan tuan baru  - akhir hayat
  • perasaan - sedih atau gembira   

Ingatan semasa menjawab soalan BM

Ingat (~*~)


Karangan Bergambar Tunggal
  1. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.  
  2. Setiap gambar perlu dipastikan bila, di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.
  3. Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam. Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan dan suasana.
  4. Sewaktu menulis, pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
  5. Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.


Karangan Bergambar Bersiri
  1. Karangan hendak berpandukan gambar -gambar yang telah disediakan.
  2. Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
  3.  Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar.
  4. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
  5. Boleh menyertakan tajuk, tetapi tidak menjadi kemestian.

Sunday, December 4, 2011

Telatah anak muridku semasa sesi P&P

Pelbagai aksi 

Sambutan Hari Jadi di Bilik Darjah

 Majlis Perpisahan  bagi Tahun 2011


-------------------------------------------------------------------------------------------
MEMBUAT SANWICH DI DALAM BILIK DARJAH








PERIBAHASA 
   

PERIBAHASA
MAKNA
1.        
Angkuh seperti merak
Bersiap sombong.
2.        
Bagai abu di atas tunggul
Seseorang  yang  kedudukannya  tidak  tetap.
3.        
Bagai air titik ke batu
Susah nak mengajar.
4.        
Bagai anjing buruk kepala
Seseorang yang telah diketahui keburukannya akan dihina ke mana sahaja dia pergi.
5.        
Bagai anjing beranak enam
Orang yang terlalu kurus.
6.        
Bagai anjing dengan kucing
Selalu bergaduh.
7.        
Bagai beliung dengan asahan
Hubungan yang sangat rapat.
8.        
Bagai balak  terendam
Orang yang gemuk dan malas
9.        
Bagai aur atas bukit
Menyerah diri kepada nasib semata-mata.
10.    
Bagai aur dengan tebing
Dua pihak yang bekerjasama erat.
11.    
Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat sesuatu yang tidak diduga.
12.    
Bagai bulan penuh purnama
Gadis yang cantik.
13.    
Bagai cicak makan kapur
Mendapat malu kerana kesalahan diri sendiri.
14.    
Bagai dakwat dengan kertas
Hubungan yangsangat erat.
15.    
Bagai denai gajah lalu
Kerosakan yang amat besar.
16.    
Bagai haruan makan anak 
Seorang lelaki yang memperkosa anaknya sendiri.
17.    
Bagai dihiris dengan sembilu rasa
Hati yang sangat sedih.
18.    
Bagai duri dalam daging
Hal yang selalu menyusahkan orang.
19.    
Bagai itik pulang petang
Sangat lambat jalan.
20.    
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang sangat erat.

Thursday, December 1, 2011

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Lirik lagu:
Bapaku pulang dari kota
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah.


Pom...pom...pom...pom...pom
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.