www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

Monday, December 5, 2011

Ingatan semasa menjawab soalan BM

Ingat (~*~)


Karangan Bergambar Tunggal
  1. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.  
  2. Setiap gambar perlu dipastikan bila, di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.
  3. Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam. Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan dan suasana.
  4. Sewaktu menulis, pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
  5. Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.


Karangan Bergambar Bersiri
  1. Karangan hendak berpandukan gambar -gambar yang telah disediakan.
  2. Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
  3.  Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar.
  4. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
  5. Boleh menyertakan tajuk, tetapi tidak menjadi kemestian.

Sunday, December 4, 2011

Telatah anak muridku semasa sesi P&P

Pelbagai aksi 

Sambutan Hari Jadi di Bilik Darjah

 Majlis Perpisahan  bagi Tahun 2011


-------------------------------------------------------------------------------------------
MEMBUAT SANWICH DI DALAM BILIK DARJAH








PERIBAHASA 
   

PERIBAHASA
MAKNA
1.        
Angkuh seperti merak
Bersiap sombong.
2.        
Bagai abu di atas tunggul
Seseorang  yang  kedudukannya  tidak  tetap.
3.        
Bagai air titik ke batu
Susah nak mengajar.
4.        
Bagai anjing buruk kepala
Seseorang yang telah diketahui keburukannya akan dihina ke mana sahaja dia pergi.
5.        
Bagai anjing beranak enam
Orang yang terlalu kurus.
6.        
Bagai anjing dengan kucing
Selalu bergaduh.
7.        
Bagai beliung dengan asahan
Hubungan yang sangat rapat.
8.        
Bagai balak  terendam
Orang yang gemuk dan malas
9.        
Bagai aur atas bukit
Menyerah diri kepada nasib semata-mata.
10.    
Bagai aur dengan tebing
Dua pihak yang bekerjasama erat.
11.    
Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat sesuatu yang tidak diduga.
12.    
Bagai bulan penuh purnama
Gadis yang cantik.
13.    
Bagai cicak makan kapur
Mendapat malu kerana kesalahan diri sendiri.
14.    
Bagai dakwat dengan kertas
Hubungan yangsangat erat.
15.    
Bagai denai gajah lalu
Kerosakan yang amat besar.
16.    
Bagai haruan makan anak 
Seorang lelaki yang memperkosa anaknya sendiri.
17.    
Bagai dihiris dengan sembilu rasa
Hati yang sangat sedih.
18.    
Bagai duri dalam daging
Hal yang selalu menyusahkan orang.
19.    
Bagai itik pulang petang
Sangat lambat jalan.
20.    
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang sangat erat.

Thursday, December 1, 2011

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Lirik lagu:
Bapaku pulang dari kota
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah.


Pom...pom...pom...pom...pom
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.